Total Pageviews

Beli Emas Untuk Lepas 10 Tahun Tidak Perlu Kerja



Kenaikan harga emas yang begitu ketara sekarang ini menarik orang ramai untuk menyimpan emas sebagai aset yang nilainya takkan susut.Bermula dari tahun 2000 sampai tahun 2010 harga emas yang dicatatkan adalah melebihi 100 peratus kenaikan.
Harga emas yang ditutup tahun lalu pada AS$1,421.
40 perauns,naik kira-kira 30 peratus tahun lalu selepas meningkat hampir tiada gangguan sejak januari,manakala harga minyak pada paras yang kebanyakanya penganalisis menyifatkan sebagai tidak mungkin dapat mencapai sasaran enam bulan lalu.
Ini bermakna kenaikan jauh lebih tinggi berbanding dengan kenaikan minyak.

Menurut penganalisis yang dipetik dalam surat khabar,menjangkakan kenaikan harga dan naik turun pasaran berterusan pada 2011 ini.
Bila orang ramai tidak berpegang pada wang dolar, ini adalah salah satu faktor melonjak nya harga emas,hari ini dolar dilihat sebagai matawang yang tidak setabil berbanding dengan matawang yang lain,ini adalah sedikit sebanyak mendorong orang ramai untuk memiliki emas sebagai pegangan yang selamat.

Pasaran emas 2010 adalah pasaran yang paling sibuk berbanding dengan saham-saham yang lain,mungkin faktor kesedaran orang ramai untuk membeli dan menyimpan emas untuk masa hadapan.
Menurut penganalisis kanan komuniti di CPM Group New York,Harga emas terus meningkat sehingga separuh kedua 2011, Kata Rohid Savand.

Beli emas dan Pajak dan Beli lagi Emas.
Sekarang saya akan terangkan pula teknik yang digunakan oleh kebanyakan pelabur2 emas tegar bagi menjana keuntungan mereka iaitu melalui teknik manupulasi Ar-rahnu. Tetapi teknik ini hanya boleh digunakan oleh pemegang emas fizikal sahaja. Jika anda sudah beli emas fizikal…teknik ini sesuai untuk anda.
Caranya amat mudah sekali. Sila lihat step-step dibawah ini:
  1. Anda mestilah ada emas fizikal. Jika masih belum ada, boleh la beli dengan saya (hehe..sempat promote lagi tu). Lebih banyak kuantitinya maka lebih bagus. Kemudian pajakkan emas anda di ar-rahnu ketika harga emas rendah. Kemudian hasil pajakan emas tadi, anda beli lagi emas fizikal. Saya cadangkan beli emas Public gold memandangkan spread harganya yang rendah. Ini sekali gus dapat memaksima kan keuntungan anda melalui teknik ini.
  2. Kemudian anda pajak belian emas kedua tadi di ar-rahnu. Hasil pajakan tersebut, anda beli lagi emas fizikal. Proses beli dan pajak ini boleh diulangi 2@3 kali. Sebab itu saya katakana lebih banyak modal anda maka lebih bagus. Jika modal anda lebih dari RM100,000 maka proses beli dan pajak itu boleh diulang sehingga beberapa kali.
  3. Pastikan anda mempunyai emas fizikal di tangan anda pada penghujung proses ini. Tujuannya adalah untuk menebus kembali emas-emas anda dalam pajakan ar-rahnu apabila harganya emas naik dengan mejual stok emas ditangan anda. Proses di boleh diulangi sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Di akhir proses ini anda akan mendapat semula emas pertama anda + keuntungan setelah menolak kos upah simpan di ar-rahnu berdasarkan kenaikkan harga emas semasa yang kian meningkat.